Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tukar nama pakatan dan rakan politik macam tukar baju - Azalina

Mereka tidak mungkin boleh membentuk satu gabungan yang baik kerana punya ideologi berbeza- Azalina Mereka tidak mungkin boleh membentuk satu gabungan yang baik kerana punya ideologi berbeza- Azalina

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed (Tun M) yang berhasrat untuk menubuhkan parti baharu bagi menentang BN dilihat tidak mampu membentuk gabungan yang baik kerana jurang perbezaan ideologi yang tinggi.

Kewajaran itu dipersoal Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Azalina Othman Said yang berkata berkata pakatan yang dibayangkan bekas pemimpin itu tidak boleh diterima pemimpin pembangkang yang lain.

"Politik bukan sekadar bentuk sebuah parti tetapi bagaimana anda mampu memberi khidmat kepada rakyat, ini yang mereka tidak faham.

"Mereka tidak mungkin boleh membentuk satu gabungan yang baik kerana punya ideologi berbeza.

"Dengan pembentukan, kononnnya Pakatan baru,Tun M ni nampaknya dah jadi Ketua Umum yang baru, boleh ke diterima oleh kedua-dua kartel Azmin, Wan Azizah atau Lim Kit Siang?" soalnya menerusi laman Facebook, pada Isnin.

Menurutnya sikap pembangkang yang kerap kali menukar gabungan serta 'ahli' pakatan mereka juga merupakan mesej jelas kepada masyarakat mengenai 'perjuangan' mereka.

"Saya pelik dengan pembangkang ni. Dah berapa kali bentuk pakatan, dah berapa kali tukar nama tapi sampai sekarang kabinet bayangan pun tiada.

"Tukar nama pakatan dan rakan politik macam tukar baju. Terbukti, BN juga yang kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat sebab track record dan misi perjuangan yang jelas.

"Sejarah telah membuktikan penubuhan Semangat 46 yang mana dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin Umno telah gagal untuk membawa hala tuju mereka dan akhirnya mereka kembali kepada Umno. Hanya parti Melayu yang dianggotai orang Melayu sahaja boleh berjuang untuk org Melayu", katanya.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat sebelum membentuk blok pembangkang yang lebih besar di negara ini.

Menurutnya, pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat sebelum ini telah bersetuju terhadap perancangannya itu.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.