Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Rafidah bersyukur, Rais kata Dr M pecah rekod

Hari baru telah bermula kepada rakyat dan Malaysia yang dicintai ini. Babak baru dalam sejarah kita sedang ditulis. Hari baru telah bermula kepada rakyat dan Malaysia yang dicintai ini. Babak baru dalam sejarah kita sedang ditulis.

Bekas menteri Umno yang dipecat daripada parti itu ketika kempen PRU14, Tan Sri Rafidah Aziz mengucapkan kesyukuran dengan kemenangan HARAPAN menawan Putrajaya.

"Syukur Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang telah memakbulkan doa kita semua.

"Hari baru telah bermula kepada rakyat dan Malaysia yang dicintai ini. Babak baru dalam sejarah kita sedang ditulis.

"Rakyat telah memberikan kontrak baru untuk menguruskan Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang kepada gabungan parti baru Pakatan Harapan," kata mantan ketua wanita Umno itu dalam suatu hantaran terbaru di Facebook awal pagi ini.

Manakala seorang lagi veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14 sebagai kehendak rakyat dan berkata Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad memecahkan rekod dunia sebagai perdana menteri paling berpengaruh meskipun berusia.

"Kehendak rakyat sudah berlaku.

"Kerajaan Pakatan Harapan muncul dengan Tun Dr Mahathir memecahkan rekod dunia sebagai PM paling berusia tapi paling berpengaruh, bijak dan istimewa," kata Rais dalam ciapan Twitternya mengulas keputusan bersejarah pilihan raya umum ini. -Malaysiakini 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.