Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Salahuddin: HARAPAN takkan sia-sia mandat Johor

Naib Pengerusi HARAPAN Johor, Salahuddin Ayub berkata mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini tidak akan disia-siakan oleh HARAPAN untuk lima tahun akan datang. Naib Pengerusi HARAPAN Johor, Salahuddin Ayub berkata mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini tidak akan disia-siakan oleh HARAPAN untuk lima tahun akan datang.

Kemenangan Pakatan Harapan (PH) memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini disifatkan sebagai “pengajaran” yang perlu dipelajari agar tidak mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Naib Pengerusi HARAPAN Johor, Salahuddin Ayub berkata mandat yang diberikan oleh rakyat negeri ini tidak akan disia-siakan oleh HARAPAN untuk lima tahun akan datang.

“Sekiranya mandat besar ini tidak ditunaikan dengan sebaik mungkin, pemimpin-pemimpin yang telah dilantik kerajaan nanti, sekiranya mereka berlagak sombong, angkuh atau lupa diri, ingatlah bahawa rakyat akan membalas balik, “ kata beliau pada sidang media awal pagi ini.

Beliau, yang juga Timbalan Presiden Amanah, berkata HARAPAN juga berjanji akan menggunakan semua kudrat untuk berbakti kepada rakyat negeri Johor.

Pengerusi HARAPAN Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pagi ini untuk memohon perkenan baginda untuk melantik calon Menteri Besar Johor, kata Salahuddin.

Ketika ditanya mengenai calon-calon Menteri Besar, Setiausaha HARAPAN Johor, Datuk Osman Sapian berkata sebanyak tiga nama akan disenarai pendek dan akan dipersembahkan untuk perkenan Sultan Ibrahim.

Menurut Osman, yang juga Setiausaha BERSATU Johor, tiga nama itu akan diperbincangkan pagi ini dan bakal diberikan kepada Muhyiddin untuk dipersembahkan kepada Sultan Johor.

Johor yang sebelum ini kubu kuat BN tumbang ke tangan PH yang menyaksikan sebanyak 36 kerusi dimenangi PH, manakala BN memenangi 19 kerusi DUN dan PAS hanya satu kerusi DUN.

HARAPAN juga memenangi 18 kerusi Parlimen di Johor manakala lapan dimenangi BN .-Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.