Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Diskusi tertutup calon p'raya Muar dibatalkan

Pegawai Daerah Onn Jabbar berkata, setelah perbincangan diadakan antara beliau dengan calon BN Datuk Razali Ibrahim, calon PKR Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta wakil calon PAS, diskusi yang sepatutnya diadakan di rumahnya tidak diteruskan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam. Pegawai Daerah Onn Jabbar berkata, setelah perbincangan diadakan antara beliau dengan calon BN Datuk Razali Ibrahim, calon PKR Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta wakil calon PAS, diskusi yang sepatutnya diadakan di rumahnya tidak diteruskan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Program diskusi antara calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan Parlimen Muar yang dijadual petang semalam dibatalkan atas persetujuan ketiga-tiga calon.

Pegawai Daerah Onn Jabbar berkata, setelah perbincangan diadakan antara beliau dengan calon BN Datuk Razali Ibrahim, calon PKR Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta wakil calon PAS, diskusi yang sepatutnya diadakan di rumahnya tidak diteruskan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Bercakap dalam sidang media di kediamannya di Muar mengenai pembatalan sesi diskusi itu, Onn yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah berkata calon-calon juga bersetuju agar isu debat tidak ditimbulkan lagi.

“Saya jelaskan dan bincang dengan wakil calon. Sebentar tadi pun ada bincang dengan calon iaitu Syed Saddiq dan Razali. Akhirnya mereka bersetuju... maknanya proses debat takkan berlaku," katanya.

Onn yang juga pegawai pengurus pilihan raya Parlimen Muar menjelaskan ketidakhadiran Razali pada majlis debat di Hotel Traders di Muar malam tadi kerana dinasihatkan polis dan bukan kerana beliau menolak pelawaan Syed Saddiq untuk berdebat.

Program debat itu tidak mendapat kebenaran polis dan Razali tidak muncul pada majlis tersebut dan Syed Saddiq meneruskannya secara berseorangan. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.