Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Majlis Profesor penasihat k'jaan Terenganu jika BN menang

Beliau berkata majlis yang bakal dianggotai oleh profesor-profesor dari universiti di seluruh Terengganu itu adalah kesinambungan daripada Institut Darul Iman (IDAMAN) yang ditubuhkan pada 2014. Beliau berkata majlis yang bakal dianggotai oleh profesor-profesor dari universiti di seluruh Terengganu itu adalah kesinambungan daripada Institut Darul Iman (IDAMAN) yang ditubuhkan pada 2014.

Kerajaan Terengganu akan menggunakan khidmat Majlis Profesor Negeri sebagai penasihat untuk memajukan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat negeri itu, kata Menteri Besar sementara, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata majlis yang bakal dianggotai oleh profesor-profesor dari universiti di seluruh Terengganu itu adalah kesinambungan daripada Institut Darul Iman (IDAMAN) yang ditubuhkan pada 2014.

"Untuk kita membangunkan negeri Terengganu ini, kita perlu ada kepakaran yang khusus bagi segenap aspek.

"Kepakaran-kepakaran ini termasuk orang yang dengan R&D (penyelidikan dan pembangunan) kerana segala yang kita mahu laksanakan mesti berasaskan kepada kajian-kajian yang terperinci dan orang yang pakar dalam kajian ini adalah profesor-profesor," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Majlis Profesor Negeri di Kuala Terengganu semalam.

Ahmad Razif berkata Majlis Profesor Negeri itu akan dilancarkan secara rasmi selepas pilihanraya umum ke-14 (PRU14) sekiranya BN terus mendapat mandat memerintah Terengganu.

Beliau berkata Majlis Profesor Negeri itu akan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri terutamanya kepada portfolio-portfolio di bawah exco-exco negeri.

"Sebagai contoh dalam bidang pertanian, kita akan lantik profesor yang pakar dalam bidang ini untuk meningkatkan hasil dan kualiti pertanian di negeri kita,” katanya.

Ahmad Razif berkata majlis itu akan memberikan fokus kepada pembangunan negeri secara menyeluruh bertunjangkan kepada tiga aspek utama iaitu transformasi ekonomi, transformasi kerajaan dan transformasi politik.

"Kita yakin Majlis Profesor Negeri ini akan dapat menambah dan mempercepatkan perkembangan negeri Terengganu," katanya. - Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.