Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Kejutan dari Terengganu, Jailani Johari digugurkan

Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari, digugurkan daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu, yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

 

Jailani yang memegang portfolio Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM), akan digantikan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 1999 sehingga 2013 iaitu Datuk Rosol Wahid.

Pengumuman senarai calon BN Terengganu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di kediaman rasminya di Seri Iman, di Kuala Terengganu, hari ini.

Rata-rata pemerhati politik menyifatkan pengguguran Jailani itu satu kejutan, namun yakin dengan kemampuan Rosol untuk mempertahankan kemenangan buat BN di kerusi terbabit.

Pada PRU-13, Jailani memperoleh 31,940 undi ketika menewaskan calon PAS, Kamaruzaman Abdullah, dengan majoriti 8,213 undi.

Usaha mendapatkan komen Jailani belum berhasil kerana panggilan kepada telefonnya tidak dijawab. - BH Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.