Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Bagi Zaid Ibrahim, DAP kini parti Cina

Melalui posting di laman Twitter miliknya, bekas menteri Kabinet itu berkata, DAP kini sudah mengumumkan dua calon bakal menteri namun parti Melayu dalam Pakatan Harapan masih membisu. Melalui posting di laman Twitter miliknya, bekas menteri Kabinet itu berkata, DAP kini sudah mengumumkan dua calon bakal menteri namun parti Melayu dalam Pakatan Harapan masih membisu.

Mungkin kecewa kerana tidak dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim kini menggelar DAP sebagai "parti Cina".

Melalui posting di laman Twitter miliknya, bekas menteri Kabinet itu berkata, DAP kini sudah mengumumkan dua calon bakal menteri namun parti Melayu dalam Pakatan Harapan masih membisu.

"Parti Cina dalam Pakatan harapan umumkan mereka sudah ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi.

"Parti-parti Melayu senyap saja dalam isu itu. Begitu biasanya sikap Melayu, malu dan segan untuk suarakan pendapat. Tiada apa yang berubah," katanya, seperti di petik dari laman Twitter miliknya.

Zaid pada 12 April lalu menyamakan dirinya dengan pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw kerana tidak dicalonkan lagi di parlimen Kepong, yang disandangnya selama lapan penggal.

Zaid, bekas menteri undang-undang, berkata “Tan dibuang selepas 30 tahun, saya pula selepas 12 bulan”.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming akan dilantik sebagai menteri pusat jika HARAPAN memang dalam PRU pada 9 Mei ini.

Lim berkata demikian ketika mengumumkan Nga sebagai calon parlimen Teluk Intan malam tadi.

Sebelum itu, Lim telah menjanjikan kedudukan sama kepada Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

Kedua-dua Nga dan Liew akan berdepan dengan menteri BN di tempat masing-masing.

Zaid sebelum antara tokoh yang dibawa masuk DAP ke dalam parti itu bagi menangkis imej parti Cina yang dilontar pada mereka.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.