Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

PAS akan bertanding 160 kerusi

Pas dijangka akan meletakkan calon bertanding di 160 kerusi pada PRU14 akan datang.

 

Perkara ini disahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya dalam majlis pelancaran Gagasan Sejahtera di Pongsu Seribu, Tasek Gelugor malam tadi.

Abdul Hadi berkata pada mulanya diperbincangkan 130 kerusi.

"Alhamdulillah, hasil perbincangan Pas akan bertanding di 160 kerusi dalam PRU 14 ini.

"Insya-ALLAH ia akan termasuk calon-calon daripada Gagasan Sejahtera," katanya. - Sinar Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.