Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Dr. M calon paling tua tanding Parlimen Langkawi

Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin akan tersenarai sebagai calon paling tua dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila diumumkan bertanding kerusi Parlimen Langkawi malam tadi.

 

Pengumuman pencalonan ahli politik berusia 93 tahun itu dilakukan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu ceramah gabungan pembangkang PKR di Bulatan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat di Langkawi.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengumumkan calon PPBM yang bakal bertanding di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen termasuk Langkawi.

Pencalonan Dr. Mahathir sememangnya sudah dijangkakan bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sementara jika gabungan pembangkang PKR memenangi PRU-14.

Selain itu, pencalonan Dr. Mahathir di Langkawi turut mencetuskan persoalan bagaimana bekas Perdana Menteri itu mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk pulau bebas cukai berkenaan berikutan faktor usia.

Untuk rekod, calon paling tua pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini ialah Maimun Yusof atau lebih mesra dipanggil Tok Mun, berusia 94 tahun ketika itu yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Terengganu.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Jerlun dan DUN Jitra.

Selain Mukhriz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit yang keluar daripada Pas, Datuk Ir Amiruddin Hamzah diumumkan kekal di kerusi sama dan Parlimen Kubang Pasu.

Nama lain yang dicalonkan bagi kerusi Parlimen adalah Wan Saiful Wan Jan di Parlimen Pendang; Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Jerai) dan Mohd. Taufik Yaacob (Baling). - Utusan Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.