Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Akta Antiberita Tidak Benar turut lindungi pembangkang daripada difitnah, kata MIC

Pembangkang akan terus memainkan pelbagai isu untuk mempengaruhi minda pengundi supaya membenci kerajaan sedia ada serta kepemimpinan Barisan Nasional (BN). Pembangkang akan terus memainkan pelbagai isu untuk mempengaruhi minda pengundi supaya membenci kerajaan sedia ada serta kepemimpinan Barisan Nasional (BN).

Pembangkang seharusnya menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 kerana ia akan melindungi mereka daripada terus difitnah lawan politik, kata Ketua Pemuda MIC Datuk Sivaaraajh Chandran.

Sivaaraajh berkata, pengenalan akta berkenaan juga akan melindungi rakyat terus dinodai dengan hebahan pelbagai bahan berita yang tidak benar dan tidak berfakta.

"Sepatutnya pengenalan akta ini disokong oleh pembangkang kerana ia juga akan membantu melindungi mereka dari terus 'difitnah' oleh pihak tertentu termasuk lawan politiknya.

"Namun, jelas pembangkang tetap dengan pendiriannya untuk terus menentang apa saja akta yang diperkenalkan kerajaan walaupun ia sebenarnya membawa manfaat kepada rakyat, disamping melindungi kestabilan politik dan ekonomi negara," katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pembangkang wajar bersikap rasional dan harus mengakui pengenalan akta seumpama itu sebenarnya turut melindungi mereka daripada sebarang fitnah dan tuduhan negatif yang mungkin dilemparkan pihak lawannya.

Ini kerana menurutnya, menjelang pembubaran Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini, pembangkang akan terus memainkan pelbagai isu untuk mempengaruhi minda pengundi supaya membenci kerajaan sedia ada serta kepemimpinan Barisan Nasional (BN).

Usaha ini termasuk menyebarkan dan membawa pelbagai berita palsu dan tidak benar bertujuan untuk memburuk-burukkan kepemimpinan BN, katanya.

Tindakan pembangkang menentang akta itu juga katanya menunjukkan mereka langsung tiada kesungguhan untuk mengekang penyebaran berita palsu dan tidak benar.

"Pengundi muda juga tidak seharusnya mengikut propaganda penentangan yang sedang disebarkan pembangkang terhadap pelaksanaan akta sedemikian.

"Berfikir secara rasional dan utamakan kesejahteraan rakyat. Orang muda harus melawan sebarang penyebaran berita palsu dan tidak benar terutama di media sosial kerana tanpa kawalan, ia boleh merosakkan minda dan pemikiran kita semua," katanya.

 

Last modified onJumaat, 30 Mac 2018 15:28

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.