Dikemaskini 3:01 AM, 26 Apr, 2018
A+ A A-

Siti Hasmah sokong sepenuhnya suami jadi PM

Pertamanya saya sedih kerana sekali lagi kena serahkan suami saya kepada rakyat. Pertamanya saya sedih kerana sekali lagi kena serahkan suami saya kepada rakyat.

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menyokong penuh hasrat suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggalas kembali jawatan perdana menteri, meskipun usianya mencecah 93 tahun.

Malah, Siti Hasmah sendiri tidak menyatakan keraguan untuk menyerahkan kembali suaminya kepada rakyat.

“Apabila diberitahu mengenai hal ini dan tidak diberitahu olehnya sendiri yang beliau menjadi calon perdana menteri ke-7. Saya hanya ada dua perasaan. Pertamanya saya sedih kerana sekali lagi kena serahkan suami saya kepada rakyat.

“Dan kedua, adakah beliau mampu menerima tanggungjawabnya kerana sebelum ini beliau menjadi perdana menteri pada umur 56 tahun dan saya pula 55 tahun,". katanya ketika ditanyakan soalan semasa mengikuti Wacana Sinar Harian ke-53 yang bertajuk “Apakah Tun M terlalu tua untuk jadi PM?” semalam.

Tambah Siti Hasmah, beliau akan sentiasa menyokong Mahathir dengan sepenuhnya sebagai seorang isteri yang perlu taat setia kepada suaminya.

“Tidak kiralah umur saya 92 tahun ataupun 55 tahun, yang penting semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk saya jalankan peranan menjaga PM ke tujuh yang berpotensi ini dari segi kesihatannya.” katanya.

Nama Mahathir sebelum ini dicadangkan oleh Pakatan Harapan (Harapan) untuk dinaikkan sebagai perdana menteri calon Harapan sekiranya gabungan itu memenangi PRU14. -Sinar Harian Online 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.