Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tok Him mahu tanding di Pasir Mas atau Rantau Panjang

Beliau juga berhasrat masuk gelanggang sekali lagi atas tiket parti, bukan lagi bebas seperti dalam pilihan raya umum lima tahun lalu. Beliau juga berhasrat masuk gelanggang sekali lagi atas tiket parti, bukan lagi bebas seperti dalam pilihan raya umum lima tahun lalu.

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali akan bertanding di Pasir Mas atau Rantau Panjang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Beliau juga berhasrat masuk gelanggang sekali lagi atas tiket parti, bukan lagi bebas seperti dalam pilihan raya umum lima tahun lalu.

"Untuk PRU14 ini saya nak umumkan secara rasmi insya-Allah akan bertanding.

"Tengoklah (sama ada) Pasir Mas atau Rantau Panjang. Saya dua-dua boleh ada orang suruh bertanding di Pasir Mas ada di Rantau Panjang,” katanya.

Menyifatkan dirinya seperti “janda” yang banyak peminat, Ibrahim berkata masih menunggu jika terdapat pihak yang berminat membariskannya dalam pasukan mereka di negeri Cik Siti Wan Kembang.

"Saya berhasrat nak bertanding atas parti politik. Tapi parti mana saya tak boleh jawab sebab kot-kot ada parti yang masukkan nama saya ke.

“Jadi saya nak tengok sama ada agenda yang dibawa itu kena tak dengan jiwa saya," katanya sambil ketawa pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur.

Pasir MAS dan Rantau Panjang adalah kerusi PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu Ibrahim gagal mempertahankan kerusinya di kawasan itu apabila kecundang di tangan tokoh muda PAS Nik Abduh – anak bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ibrahim pada 2008 pernah bertanding atas tiket PAS di parlimen itu tetapi memilih menjadi wakil bebas selepas menang.

PAS dijangka mendapat cabaran hebat serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kelantan pimpinan bekas exco dan anak didik Nik Aziz, Husam Musa, selain musuh tradisi Umno. -Malaysiakini 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.