Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

'Hanya saya perlu contohi Westminster?'

Beliau berkata demikian susulan menegur tindakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Parlimen (DAP-Batu Kawan), Kasthuri Patto yang ‘hangat’ membahaskan isu peserta sambutan Hari Wanita Sedunia yang diserang sekumpulan lelaki di hadapan ibu pejabat polis daerah Dang Wangi. Beliau berkata demikian susulan menegur tindakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Parlimen (DAP-Batu Kawan), Kasthuri Patto yang ‘hangat’ membahaskan isu peserta sambutan Hari Wanita Sedunia yang diserang sekumpulan lelaki di hadapan ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Nama saya disebut supaya mencontohi cara Speaker Westminster di London dalam mengendalikan persidangan tapi kenapa tidak sebut juga wakil-wakil rakyat perlu mencontohi ahli Dewan Rakyatnya (House of Commons)," demikian persoalan yang dibangkitkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata demikian susulan menegur tindakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Parlimen (DAP-Batu Kawan), Kasthuri Patto yang ‘hangat’ membahaskan isu peserta sambutan Hari Wanita Sedunia yang diserang sekumpulan lelaki di hadapan ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Pandikar mencelah dan mengarahkan kedua-dua Ahli Parlimen itu duduk.

“Baru saya baca membaca tadi satu artikel yang ditulis bekas speaker dewan rakyat (Tan Sri Adam Kadir) yang minta saya mencontohi cara Speaker Wesminster.

“Jadi di House of Common tidak berlaku begini,” tegurnya.

Nur Jazlan berkata, sebagai anggota pentadbiran akan mencontohi House of Common.

“Lepas ni saya akan tengok pengerusi yang mempengerusikan mesyuarat ini,” ujarnya.

Terdahulu, Adam dalam tulisannya di Sinar Harian menyebut Pandikar kini menghadapi isu yang berat iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, apabila Speaker, Pandikar membiarkan soalan 1MDB tidak berjawab di sidang terakhir parlimen baru-baru ini, rakyat terkilan tidak dapat mendengar Perdana Menteri mereka menjawab terperinci sewajarnya demi kepentingan mereka. -Sinar Harian Online

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.