Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Rafizi umum tidak bertanding PRU 14

Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli sah tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Naib Presiden PKR itu sendiri ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Ini adalah ucapan terakhir saya di dalam Dewan ini memandangkan saya tidak bertanding PRU-14 akan datang.

“Oleh itu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan serta timbalan-timbalannya yang telah memberi ruang dan peluang sebaiknya kepada saya untuk berhujah,” katanya.

Selaras dengan ‘perbahasan’ terakhirnya itu, Mohd. Rafizi turut meminta maaf kepada semua wakil rakyat khususnya di blok kerajaan berhubung kritikannya sepanjang lima tahun ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa meskipun sering berbalas kritikan di dalam Dewan Rakyat namun hakikatnya mereka bersahabat.

“Kinabatangan (Datuk Seri Bung Mokhtar Radin), Lenggong (Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah), Tanjong Karang (Tan Sri Noh Omar) yang sering mengkritik keras saya tetapi sebenarnya kami baik di luar,” jelas beliau. - Utusan Online

Last modified onRabu, 14 Mac 2018 13:51

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.