Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Kastam: Hapus GST, kembali ke sistem lama tak masuk akal

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T Subromaniam berkata pelabur sebaliknya akan beralih tumpuan kepada negara lain yang sudah lama melaksanakan GST kerana sistem itu dilihat lebih tersusun, adil dan ke hadapan. Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T Subromaniam berkata pelabur sebaliknya akan beralih tumpuan kepada negara lain yang sudah lama melaksanakan GST kerana sistem itu dilihat lebih tersusun, adil dan ke hadapan.

Para pelabur asing dijangka lari dari Malaysia sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan dan digantikan semula dengan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T Subromaniam berkata pelabur sebaliknya akan beralih tumpuan kepada negara lain yang sudah lama melaksanakan GST kerana sistem itu dilihat lebih tersusun, adil dan ke hadapan.

Selain itu Subromaniam berkata, GST dapat memberi pulangan balik atau hasil kepada perniagaan yang berorientasikan eksport lapor Utusan Malaysia.

“Apa yang kita perlu faham, di bawah SST, banyak ketirisan hasil akan berlaku termasuk banyak kegiatan ekonomi bawah tanah akan terus subur.

“Jadi, saya sebagai bukan orang politik sama sekali tidak akan menyokong kembali penggunaan sistem lama yang hanya mendatangkan ketirisan hasil dan tidak mampu memberi daya saing dari sudut eksport.

“GST amat baik kerana meningkatkan eksport, seperti tahun lalu pertumbuhannya adalah kira-kira 20 peratus berbanding tahun sebelumnya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Subromaniam berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mahu menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Subromaniam turut berkata, JKDM sudah mengkaji pelaksanaan GST sejak 1980-an lagi dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Selain itu katanya pelaksanaan sistem cukai itu dapat mengatasi masalah ketirisan cukai daripada perniagaan-perniagaan dijalankan di negara ini.

“Ketirisan berlaku sebab tidak ada amalan semak dan imbang dalam SST.

"Banyak perniagaan tidak nembayar cukai dengan adil melalui SST. GST pula lebih telus dan setiap perniagaan perlu membayar cukai.

“Takkan kita hendak kembali ke sistem lama yang tidak masuk akal? Hampir satu dunia sudah melaksanakan GST,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Subroaniam turut menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu GST kerana cukai itu dilihat memberi kebaikan negara pada masa depan.

Katanya, rakyat juga akan mendapat pulangan baik menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta pelbagai pembangunan infrastruktur seperti sekolah, klinik, hospital, jalan raya dan sebagainya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.