Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tanpa tol, GST hutang negara jadi RM1 trilion

Menurut Datuk Seri Najib Razak kerajaan sudah membuat pengiraan berdasarkan cadangan yang ditawarkan oleh HARAPAN jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Menurut Datuk Seri Najib Razak kerajaan sudah membuat pengiraan berdasarkan cadangan yang ditawarkan oleh HARAPAN jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk memansuhkan tol serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya akan membawa negara berhutang hampir RM1 trilion, kata perdana menteri.

Menurut Datuk Seri Najib Razak kerajaan sudah membuat pengiraan berdasarkan cadangan yang ditawarkan oleh HARAPAN jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kata perdana menteri langkah diambil HARAPAN itu akan menyebabkan hutang negara melonjak kepada RM416 bilion.

"Dengan hutang sedia ada kita, (ia akan menjadi) RM1 trilion.

"Kalau pembangkang kata kita (kerajaan sekarang) menambah hutang negara hari ini, dia punya manifesto lagi dahsyat," katanya di majlis taklimat Belanjawan 2018 di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Arau hari ini.

HARAPAN yang menggiatkan usaha menarik sokongan pengundi melancarkan manifesto mereka di Shah Alam pada 9 Mac lalu.

Melalui dokumen setebal 138 halaman itu HARAPAN berikrar untuk menangani kenaikan kos sara hidup, termasuk untuk menghapuskan secara beransur-ansur cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan tol.

Dokumen itu juga cuba mengangkat agenda Melayu, namun pada masa sama menyenaraikan tuntutan yang telah lama dibuat oleh masyarakat Cina dan India.

Turut ditekankan HARAPAN ialah mengurangkan kuasa perdana menteri, termasuk menyekat penjawatnya memegang portfolio lain serta memotong separuh peruntukan dan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 11 Mac lalu pula Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah memberitahu kerajaan akan kehilangan RM416 bilion jika GST, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), tol dan cukai eksais dimansuhkan.

Kata Najib pelaksanaan GST dibuat untuk kerajaan mendapat hasil namun ada hampir 600 barangan yang tidak dikenakan cukai berkenaan.

Menurut perdana menteri berdasarkan kajian kerajaan, Malaysia adalah negara paling banyak memberi pengecualian cukai GST namun mendapat hasil RM45 bilion setahun.

Mengenai tol pula Najib berkata beliau sendiri tidak sukakan sistem berkenaan namun negara ini mewarisi sistem berkenaan daripada "orang tua" sebelum ini - merujuk kepada seterunya ketika ini, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya bukan suka tol, tapi ada orang tua lain buat tol. Kita mewarisi sistem tu," katanya.

Jika cadangan HARAPAN itu dilaksanakan, Najib memberitahu penuntut Unimap berkenaan, mereka akan menanggung hutang.

"Kita akan berhutang, dan adik-adik semua tanggung hutang. Kita tak tipu. Yang mana kita boleh buat, kita buat. Yang tak boleh buat kita bagitahu," katanya. -Malaysiakini 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.