Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

‘SPRM tidak siasat sebarang pemimpin PAS’

Merujuk jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, sebaliknya beliau berkata daripada 92 pemimpin politik yang disiasat itu, 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin Pakatan Harapan. Merujuk jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, sebaliknya beliau berkata daripada 92 pemimpin politik yang disiasat itu, 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin Pakatan Harapan.

Di sebalik pelbagai dakwaan kononnya pemimpin PAS “makan dedak”, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata SPRM tidak menyiasat seorang pun pemimpin parti itu sepanjang tempoh 2013 hingga tahun lalu.

Merujuk jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, sebaliknya beliau berkata daripada 92 pemimpin politik yang disiasat itu, 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin Pakatan Harapan.

“Menariknya dalam tempoh 2013 - 2017 tak ada seorang pun pemimpin PAS yang disiasat SPRM.

“Ringkasnya BN - 71, HARAPAN - 21 dan PAS - 0. Kenyataan rasmi dari menteri bertanggungjawab ini membuktikan nilai integriti dan kejujuran tinggi yang dimiliki pimpinan PAS,” mkatanya dalam satu kenyatan yang disiarkan dalam Harakahdaily.

Menurut Azman, Low juga menafikan dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bahawa SPRM bertindak secara terpilih dan berat sebelah dalam mengambil tindakan.

Buktinya, kata beliau ramai pemimpin BN juga disiasat.

Menurut pemimpin PAS itu, parti itu telah mentadbir Kelantan hampir 28 tahun, jauh lebih lama daripada PKR dan DAP mentadbir Selangor dan Pulau Pinang.

“Di sebalik pelbagai dakwaan kononnya pemimpin PAS makan dedak itu dan ini, penyelewengan di sana dan di sini tapi faktanya bukan setakat tak ada pemimpin PAS yang disabitkan bersalah dengan tuduhan rasuah, malah yang disiasat pun tak ada.

“Dalam tempoh 28 tahun (PAS mentadbir Kelatan) masakan tak ada walau seorang pun anggota pentadbiran negeri sama ada MB, exco, wakil rakyat atau pegawai kanan kerajaan yang disiasat oleh SPRM,” katanya.

Azman berkata adalah tidak logik bagi mengatakan SPRM di Kelantan tidak menjalankan tugas mereka sedangkan pejabat SPRM Kelantan tersergam dengan dua blok bangunan tinggi di Jalan Sultan Yahya Petra Kubang Kerian.

“Adalah tak logik kompleks sebesar itu tak ada kakitangan SPRM bertugas. Kalau ada kakitangan, maka lagi tak munasabah mereka hanya datang punch card dan kemudian tidur tanpa buat kerja.

“Bila SPRM buat kerja tapi tak ada tangkapan, ia bermakna tak ada kes! Ini sifir kira-kira yang sangat mudah.

“Di antara parti-parti politik yang ada di Malaysia, parti manakah yang paling layak untuk bercakap soal integriti dan ketelusan? Khalayak mampu menghakimi dengan mudah,” katanya. 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.