Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

"Pergilah Warno, yang lain masih setia.."

"Saya yakin bahawa UMNO Bahagian Sabak Bernam tetap utuh kerana saya dapat maklumat kononnya ada beberapa cawangan yang mengikut beliau (Warno), saya sudah rujuk kepada mereka dan mereka menyatakan masih setia kepada UMNO." "Saya yakin bahawa UMNO Bahagian Sabak Bernam tetap utuh kerana saya dapat maklumat kononnya ada beberapa cawangan yang mengikut beliau (Warno), saya sudah rujuk kepada mereka dan mereka menyatakan masih setia kepada UMNO."

Ketua Bahagian UMNO Sabak Bernam Datuk Mohd Fasiah Fakeh berkata UMNO bahagian itu masih tetap utuh meskipun bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak, yang juga bekas pemangkau ketua bahagiannya, Datuk Warno Dogol menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Fasiah berkata, semakannya menafikan spekulasi kononnya terdapat beberapa cawangan Umno yang turut bersama-sama Warno menyertai PPBM.

"Saya yakin bahawa UMNO Bahagian Sabak Bernam tetap utuh kerana saya dapat maklumat kononnya ada beberapa cawangan yang mengikut beliau (Warno), saya sudah rujuk kepada mereka dan mereka menyatakan masih setia kepada UMNO," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Warno mengumumkan menyertai PPBM ketika Program Gelombang Rakyat Berani Berubah di Dataran Usahawan, Pekan Sabak, semalam.

Fasiah berkata, UMNO adalah organisasi yang bukannya menjadi milik mana-mana individu dan seharusnya dipelihara.

"Saya mengharapkan kepada mereka yang sudah melompat parti dan sebagainya, itu bukan perjuangan yang sebenar dalam UMNO

"UMNO bukan milik individu tetapi sebuah organisasi yang perlu kita pelihara, perjuangan UMNO itu jelas untuk agama bangsa dan negara," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada UMNO Cawangan Tebuk Kenchong yang masih bersama parti Melayu itu.

"Saya yakin gerak kerja kita yang telah bermula sejak beberapa tahun yang lepas dan ini merupakan titik tolak yang terakhir sebelum PRU14 yang dijangka pada bulan Mei.

"Tahniah kepada rakan-rakan dari Cawangan Tebuk Kenchong yang setia dengan parti," katanya lagi.

Last modified onRabu, 07 Mac 2018 11:56

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.