Dikemaskini 6:21 AM, 20 Apr, 2018
A+ A A-

Terima kasih Kayveas - Sivarraajh

Tiada sebab untuk MIC melepaskan kerusi tradisi mereka malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC lalu telah beri jaminan kerusi tradisi MIC akan dikekalkan. - Datuk C. Sivarajj Tiada sebab untuk MIC melepaskan kerusi tradisi mereka malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC lalu telah beri jaminan kerusi tradisi MIC akan dikekalkan. - Datuk C. Sivarajj

Penyelaras Parlimen Cameron Highlands, Datuk Sivarraajh Chandran mengucapkan terima kasih kepada Presiden MyPPP, Tan Sri Dr. M. Kayveas atas kerja keras yang dilakukan di Parlimen tersebut.

Kata Sivarraajh, beliau tidak melihat usaha yang dilakukan oleh Kayveas itu sebagai tindakan untuk merampas kerusi Parlimen Cameron Highlands dari MIC sebaliknya ia adalah sumbangan parti komponen itu untuk membantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya.

“Saya ingin mengucap terima kasih kepada Kayveas bantu BN. Saya tidak melihat beliau sebagai lawan saya.

“Saya berterima kasih kepada Kayveas kerana memperkuatkan kita (BN) untuk kita menang dengan majoriti yang besar. Saya tidak bergaduh dengan siapa-siapa,” tegasnya dalam sidang media di ibu pejabat MIC di sini, pada Sabtu

Menurut Sivarraajh, tiada sebab untuk MIC melepaskan kerusi tradisi mereka malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC lalu telah beri jaminan kerusi tradisi MIC akan dikekalkan.

“Saya rasa apa yang dikatakan PM itu jelas bahawa tiada perubahan untuk kerusi itu. Lagipun MIC dengan tegas mengatakan bahawa tiada perundingan langsung melibatkan kerusi-kerusi MIC khususnya Cameron Higland yang mana kita sudah menang sejak tahun 1979-1989 (ketika) kerusi DUN, dan 2004 sampai sekarang masih lagi kita menang walaupun mantan Presiden bukan lagi ahli MIC

"Tetapi kerusi itu beliau bertanding atas kapasiti Presiden MIC. Jadi memang tidak ragu-ragu lagi kerusi itu memang milik MIC. Juga tak ada sebab mengapa kami perlu lepaskan kerusi Cameron Highlands itu,” katanya.

Ditanya mengenai kerusi yang bakal ditanding, Sivarraajh menjelaskan beliau menyerahkan perkara itu kepada Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam dan Pengerusi Barisan Nasional.

"Saya harap Presiden akan pertimbangkan permohonan saya untuk bagi lebih banyak kerusi untuk pemuda-pemuda MIC tetapi di mana saya bertanding itu bergantung kepada keputusan presiden dan PM.

"Saya dilantik sebagai penyelaras pembangunan di Cameron Highland dan saya telah jalankan tugas saya di sana,” ujarnya.

Last modified onAhad, 04 Mac 2018 16:57

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.