Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Pemuda MIC lancar ‘Jelajah BN4U’

Program yang melibatkan 11 kawasan pilihan raya itu akan bermula pada 9 Mac depan di Cameron Highlands di mana Sivarajj merupakan Penyelaras Parlimen Cameron Highlands. Program yang melibatkan 11 kawasan pilihan raya itu akan bermula pada 9 Mac depan di Cameron Highlands di mana Sivarajj merupakan Penyelaras Parlimen Cameron Highlands.

Pemuda MIC melancarkan dua program khas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu ‘Jelajah BN4U’ dan ‘Karnival BN4U’ sebagai usaha terakhir menarik sokongan masyarakat India terutamanya golongan muda.

Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata program diberi nafas baru dengan susulan kejayaan program yang sama yang dilakukan ketika PRU13 sebelum ini.

“Kalau dilihat pemuda MIC telah lama buat kerja untuk berhubung dengan pengundi muda. Jadi ini sentuhan terakhir sebelum PRU sebab sentuhan terakhir memang sangat penting.

“Saya percaya daripada rekod lepas, dua program ini sangat efektif dan sebab itu kita teruskan program ini dengan imej baru dan juga pendekatan yang terkini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MIC pada Sabtu.

Menurut Sivarraajh, pendekatan melalui hiburan dalam program ini mampu menarik sokongan pengundi muda dalam usaha menjelaskan kepada mereka sumbangan dan inisiatif yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap kaum India.

Selain itu, kedua-dua program ini akan menjadi medan untuk Pemuda MIC berjumpa dengan pimpinan tempatan dalam menyelaraskan program-program menjelang PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

“Kita buat juga mesyuarat penyelarasan MIC negeri dan akan berjumpa dengan semua jentera pemuda MIC di kawasan tersebut supaya kita dapat buat penyelarasan jentera.

“Touch base programme' seperti lawatan rumah ke rumah di kawasan-kawasan fokus, berjumpa dengan pengundi-pengundi yang uzur, tua, yang memerlukan bantuan.

“Pada masa yang sama kami akan berkomunikasi dengan penduduk tempatan untuk ambil tahu sentimen dan juga keperluan mereka supaya kita boleh sampaikan kepada kepimpinan atasan supaya boleh membantu kita buat manifesto di kawasan-kawasan tersebut menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Program yang melibatkan 11 kawasan pilihan raya itu akan bermula pada 9 Mac depan di Cameron Highlands di mana Sivarraajh merupakan Penyelaras Parlimen Cameron Highlands.

Last modified onAhad, 04 Mac 2018 16:56

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.