Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Indonesia pertimbang beku penghantaran pembantu rumah

Menurut Rusdi, Presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo turut sependapat dengan cadangan membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, selepas membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat rundingan tahunan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razal di Kuching tahun lalu. Menurut Rusdi, Presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo turut sependapat dengan cadangan membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, selepas membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat rundingan tahunan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razal di Kuching tahun lalu.

Indonesia sedang mempertimbangkan kemungkinan membekukan penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia susulan laporan kematian Adelina Lisao, 21, yang didakwa didera oleh majikannya di Pulau Pinang.

The Jakarta Post memetik Duta Indonesia ke Malaysia Rusdi Kirana yang berkata beliau telah mencadangkan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia dihentikan selain proses pengurusan pekerjaan disusun semula bagi memulihkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Menurut Rusdi, Presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo turut sependapat dengan cadangan membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, selepas membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat rundingan tahunan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razal di Kuching tahun lalu.

"Pembekuan penting agar kita boleh susun semula sistem pengambilan TKI (tenaga kerja Indonesia) bagi mengelakkan kes seperti Adelina terjadi lagi," kata Rusdi merujuk sektor pekerja asing di sektor bukan formal.

Rusdi turut dilapor berkata, penderaan terhadap pembantu rumah warga Indonesia turut menyebabkan ketegangan antara kedua-dua negara.

"Bagi menggalakkan kerjasama, apa yang terjadi kepada Adelina tidak harus terjadi lagi," katanya.

Berdasarkan laporan, beberapa jiran mendakwa Adelina dipaksa tidur dengan anjing Rottweiler di tempat letak kereta lebih sebulan sebelum diselamatkan oleh Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dan pasukannya Sabtu lalu.

Adelina meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepada dan muka selain jangkitan luka di tangan dan kaki.

Indonesia pertama kali membekukan penghantaran warganya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia pada 2009.

Pembekuan itu dihentikan pada 2011 selepas memorandum persefahaman antara kedua-dua kerajaan ditandatangani yang menyediakan perlindungan dan beberapa syarat pengambilan pembantu rumah warga Indonesia di sini.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.