Dikemaskini 9:43 AM, 20 Feb, 2018
A+ A A-

'Azmin tak lari dari Gombak'

 Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Nor Hizwan Ahmad ketika dihubungi menafikan Azmin berhadapan dengan peluang tipis bagi mengekalkan kerusi Gombak dan menambah, tiada keperluan untuk timbalan presiden PKR itu mencari kerusi lain. Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Nor Hizwan Ahmad ketika dihubungi menafikan Azmin berhadapan dengan peluang tipis bagi mengekalkan kerusi Gombak dan menambah, tiada keperluan untuk timbalan presiden PKR itu mencari kerusi lain.

Cakap-cakap berkenaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mungkin bertanding di kerusi 'selamat' di Shah Alam membangkitkan persoalan bahawa anggota parlimen selama dua penggal itu takut kalah di Gombak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Azmin kelihatan berhadapan masalah mempertahankan Gombak kerana kawasan parlimen itu merupakan kubu kuat PAS. Parti terbabit memutuskan hubungan dengan PKR dan kelihatan lebih mesra BN.

Hubungan antara pentadbiran pimpinan Azmin di Selangor dan PAS memburuk selepas Azmin dilaporkan memotong peruntukan tahunan bagi ADUN dan anggota parlimen dari PAS di negeri itu.

Bagaimanapun, Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Nor Hizwan Ahmad ketika dihubungi menafikan Azmin berhadapan dengan peluang tipis bagi mengekalkan kerusi Gombak dan menambah, tiada keperluan untuk timbalan presiden PKR itu mencari kerusi lain.

"Kami tidak akan lari ke Shah Alam," katanya ketika ditanya jika perkembangan baru itu akan memberi kesan terhadap peluang Azmin diundi semula di Gombak.

Nor Hizwan berkata populariti Azmin terus meningkat sejak beliau menjawat kedudukan menteri besar dan prestasi beliau digemari akar umbi.

"Beliau menang dengan majoriti 4,734 undi pada PRU lalu, menjadikan Gombak kerusi selamat. Beliau mampu mengekalkannya walaupun kerja-kerja persempadanan semula sedang berlangsung yang bererti tidak menyebelahi Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Azmin akan menang lagi di Gombak dan jika tidak dengan majoriti yang lebih besar, maka majoritinya yang lebih kurang sama dengan PRU lalu," kata Nor Hizwan sambil menambah dia tidak risau berhubung penentangan PAS terhadap Azmin.

Pada Ahad lalu, Azmin menawarkan calon PM daripada HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerusi Gombak sebagai 'tanda hormat' kerana ada pandangan langkah itu amat baik untuk gabungan terbabit supaya mantan perdana menteri itu menang di kerusi selamat.

Namun demikian, para pengamat politik menunjukkan dua dari tiga kerusi DUN di bawah parlimen Gombak iaitu DUN Gombak Setia dan Ulu Kelang dimenangi PAS pada 2013.

Penganalisis mengingatkan PAS berulang kali berkata parti itu berhasrat merebut kembali Gombak berikutan perpisahan antara parti berkenaan dengan PKR pada Mei tahun lalu.

Kemenangan majoriti 4,734 undi Azmin di Gombak pada 2013 itu hanyalah 51.4 peratus jumlah keseluruhan undi.

Selain Gombak, Azmin juga wakil rakyat untuk Bukit Antarabangsa, sebuah kerusi DUN di bawah parlimen Ampang.

Timbalan Ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi berkata kepimpinan negeri tidak pernah berbincang kemungkinan Azmin berpindah ke Shah Alam.

"Mengenali Azmin, beliau memang mahu kekal di Gombak dan Bukit Antarabangsa," kata anggota parlimen Ampang itu. -Malaysiakini

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.