Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Empat laporan polis terhadap Mahfuz di Pahang

Di Kuantan, dua laporan polis dibuat, masing-masing oleh Pemuda Umno Pahang dan Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang semalam Di Kuantan, dua laporan polis dibuat, masing-masing oleh Pemuda Umno Pahang dan Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang semalam

Empat laporan polis telah dibuat terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung tindakannya menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan ceramah politiknya.

Di Kuantan, dua laporan polis dibuat, masing-masing oleh Pemuda Umno Pahang dan Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang semalam.

Ketua Pemuda Umno Pahang Mohd Shahar Abdullah yang ditemui berkata semua rakyat Pahang perlu bersatu bagi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mahfuz itu.

"Semua Pemuda Umno peringkat bahagian di negeri ini akan membuat laporan polis berhubung isu itu secara berperingkat-peringkat sehingga tindakan diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948.

"Pada masa yang sama kita juga mencabar pembangkang di negeri ini untuk menyatakan pendirian mereka dalam tempoh 24 jam, sama ada menyokong kenyataan Mahfuz atau sebaliknya," katanya.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Ketua-Ketua Kampung Pahang Hassan Mohamad yang ditemui turut mengutuk tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena itu.

"Kami selaku ketua-ketua kampung di negeri ini rasa terhina dengan kenyataan itu dan meminta Anggota Parlimen (Pokok Sena) berkenaan memohon maaf secara terbuka," katanya yang membuat laporan itu mewakili 65 ketua-ketua kampung di daerah ini.

Di Pekan, dua laporan polis turut dibuat, masing-masing oleh penghulu-penghulu daerah Pekan dan Persatuan Belia 4B Parlimen Pekan.

Penghulu Mukim Kuala Pahang Hassan Mohamed Sukor berkata seluruh penghulu di daerah itu merasa tersinggung dengan tindakan biadab Mahfuz tersebut.

"Dia (Mahfuz) berani menghina dan memperlekeh tuanku dengan kata-kata biadab tanpa memikirkan akibat serta kesan terhadap reputasi institusi diraja terutama bagi negeri Pahang sendiri.

"Kami menggesa agar Mahfuz meminta maaf secara terbuka atas ucapannya yang kami percaya bersifat hasutan.

"Pada masa sama, kami menuntut agar pihak polis menyiasat kes ini serta ambil tindakan sewajarnya dan membawanya ke muka pengadilan," katanya kepada Bernama ketika diitemui di IPD Pekan petang ini. -Bernama

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.