Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Mahfuz: Saya tak hina, tapi puji sultan Pahang

Wakil rakyat bebas yang baru keluar PAS itu sebaliknya berkata beliau “memuji” baginda dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih boleh memimpin walaupun di usia tua, lapor Utusan Malaysia. Wakil rakyat bebas yang baru keluar PAS itu sebaliknya berkata beliau “memuji” baginda dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih boleh memimpin walaupun di usia tua, lapor Utusan Malaysia.

Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menafikan beliau menghina Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering.

Wakil rakyat bebas yang baru keluar PAS itu sebaliknya berkata beliau “memuji” baginda dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih boleh memimpin walaupun di usia tua, lapor Utusan Malaysia.

 

Malah, katanya, beliau juga mendoakan agar Sultan Ahmad diberikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin Pahang.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana bukan menghina,” beliau dipetik sebagai berkata dalam sembang santai di Kangar semalam.

Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kritikan terhadap pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan di usia 93 tahun.

Pemuda Umno Pahang semalam mendakwa Mahfuz menghina sultan dengan menjadikan baginda jenaka dalam ceramah politik dan menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya.

Berdasarkan petikan ceramah dimuat naik di Youtube, Mahfuz membandingkan usia Mahathir dan Sultan Ahmad. 

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.