Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Felda dapat semula tanah, projek tetap jalan

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mengesahkan hal itu berkata pertukaran hak milik tanah bernilai RM200 juta itu tidak melibatkan sebarang kos. Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mengesahkan hal itu berkata pertukaran hak milik tanah bernilai RM200 juta itu tidak melibatkan sebarang kos.

Felda mendapat kembali tanahnya yang dipindah milik kepada Syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1 petang tadi.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mengesahkan hal itu berkata pertukaran hak milik tanah bernilai RM200 juta itu tidak melibatkan sebarang kos.

“Semua tanah terlibat yang di pindah milik tanpa kelulusan dan pengetahuan kita telah dikembalikan semula ke Felda berserta dengan dokumen yang diperlukan untuk melaksanakan pindah milik.

“Dari 16 geran terlibat, satu (geran) dipegang Pesuruhjaya Tanah Wilayah Persekutuan, pejabat tanah wilayah. Lain-lain (geran) masih dengan kita. Kita dah dapat dan pindah milik.

“Ikut kenyataan saya edar tidak ada sebarang kos terlibat dalam pindah milik,” katanya dalam sidang media di Menara Felda, hari ini.

Katanya lagi, meskipun tanah sudah berpindah milik, namun projek Kuala Lumpur Vertical City tetap diteruskan.

“Projek itu diteruskan dan tanah dikembalikan kepada kami. Kita bukan nak berhenti projek tapi masalah kita ialah kenapa tanah perlu di pindah milik,” katanya.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.