Dikemaskini 3:01 AM, 26 Apr, 2018
A+ A A-

Gaji rendah polis dikaitkan dengan gejala rasuah

  • Written by Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid
  • Published in Komentar
  • 0 comments
Terdapat lebih 10,000 anggota polis mengalami masalah hutang yang serius dan kebanyakan mereka berusia di antara 30 hingga 35 tahun dan 50 hingga 55 tahun. Terdapat lebih 10,000 anggota polis mengalami masalah hutang yang serius dan kebanyakan mereka berusia di antara 30 hingga 35 tahun dan 50 hingga 55 tahun.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi mengakui gaji anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi semakin rendah di mana mereka hanya menerima gaji bersih tidak sampai 40 peratus daripada gaji kasar.

Terdapat lebih 10,000 anggota polis mengalami masalah hutang yang serius dan kebanyakan mereka berusia di antara 30 hingga 35 tahun dan 50 hingga 55 tahun.

Saya amat bersimpati dengan perkara tersebut. Bagi saya angka 10,000 adalah begitu ramai yang mana faktor gaji rendah ini akan menyebabkan mereka terpaksa menipu atau mencari duit sampingan lain.

Malah, gaji kecil warga PDRM menjadi pendorong utama kepada penglibatan mereka dalam gejala tidak berintegriti termasuk rasuah.

Sebagai contoh, gaji sebanyak RM2,000 dan menetap di Kuala Lumpur memberikan cabaran besar apatah lagi gaji RM4,000 yang dianggap berada di bawah paras kemiskinan.

Sebelum ini juga, terdapat beberapa kes anggota polis yang terlibat dalam gejala rasuah seperti terlibat dalam sindiket perjudian haram, dadah, rumah urut dan banyak lagi di mana ia dipercayai untuk mencari duit tambahan.

Pada 6 Disember lalu, seorang anggota polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulai telah ditahan dan disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM3,000 daripada guru agama sebagai dorongan menyelesaikan siasatan satu kes dadah membabitkan dirinya yang sedang dijalankan oleh Bahagian Narkotik IPD Kulai, Johor.

Perkara seperti itu memberi banyak kesan buruk lebih-lebih lagi anggota polis merupakan badan yang menjaga keselamatan rakyat dan rakyat telah memberi kepercayaan penuh kepada mereka.

Justeru, saya ingin menggesa pihak kerajaan secara serius melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan anggota dan pegawai agensi-agensi penguatkuasa di negara ini khususnya PDRM sepertimana yang disarankan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) sebelum ini.

Ini sebagai salah satu langkah penting bagi mengelakkan anggota dan pegawai agensi-agensi penguatkuasa terjerumus ke dalam kancah rasuah dan salah guna kuasa.

DATUK ABDULLAH SANI ABDUL HAMID adalah anggota parlimen Kuala Langat dan pengerusi Biro Pekerja PKR.

Artikel ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian editorial Smasa News.

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.