Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

700 tempat tambahan buat pelajar kaum India peluang terbaik

Najib berkata, beliau mengarahkan tambahan lebih 700 tempat untuk diberikan kepada pelajar kaum India di peringkat IPTA baru-baru ini. Najib berkata, beliau mengarahkan tambahan lebih 700 tempat untuk diberikan kepada pelajar kaum India di peringkat IPTA baru-baru ini.

Presiden Persatuan India Baru Amal dan Kebajikan India (Perinbam) V Thamotharam berkata tambahan lebih 700 tempat untuk diberikan kepada pelajar kaum India di peringkat IPTA adalah peluang yang terbaik kepada pelajar kaum India.

Pada Ahad lepas, semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) ke-25, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman mengenai Universiti awam.

Najib berkata, beliau mengarahkan tambahan lebih 700 tempat untuk diberikan kepada pelajar kaum India di peringkat IPTA baru-baru ini.

Najib berkata kerajaan sebelum ini memperuntukkan 1,500 tempat dalam program matrikulasi untuk kaum India.

Menyentuh mengenai isu itu, Thamotharam berkata penambahan 700 tempat itu adalah satu peluang terbaik kepada pelajar kaum India.

"Ia adalah peluang baik kepada pelajar India yang risau mereka tidak mendapat tempat di Universiti Awam. Ia menunjukkan Najib sentiasa mengambil kira faktor kepentingan kaum India di negara ini selain memberi kepentingan kepada isu pendidikan melibatkan sekolah tamil," katanya. -Tamil Malar

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.