Dikemaskini 3:05 PM, 21 Oct, 2017
A+ A A-

Sembilan lagi guru ajar Bahasa Tamil untuk STPM

Datuk P. Kamalanathan berkata mereka mula bertugas pada 1 Okt lepas dan ditempatkan di Perak (satu), Selangor (empat), Kedah (dua) dan Negeri Sembilan (dua). Datuk P. Kamalanathan berkata mereka mula bertugas pada 1 Okt lepas dan ditempatkan di Perak (satu), Selangor (empat), Kedah (dua) dan Negeri Sembilan (dua).

Timbalan Menteri Pendidikan berkata kerajaan meluluskan pelantikan sembilan lagi guru bagi mengajar bahasa Tamil untuk pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi sesi 2017.

Datuk P. Kamalanathan berkata mereka mula bertugas pada 1 Okt lepas dan ditempatkan di Perak (satu), Selangor (empat), Kedah (dua) dan Negeri Sembilan (dua).

"Penambahan sembilan guru tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kepada 13 orang guru bagi tahun ini. Sebelum ini empat guru dilantik dimana seorang di Perak dan tiga di Negeri Sembilan

"Kami juga berharap dapat menambah jumlah guru kepada 15 hingga 189 orang bagi menampung keperluan guru mengajar bahasa Tamil untuk pelajar STPM di 18 sekolah yang telah dikenal pasti," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata seramai 427 daripada 45,258 pelajar yang bakal menduduki STPM tahun ini telah berdaftar untuk mengambil bahasa Tamil bagi peperiksaan itu.

Menurut Kamalanathan, seramai 789 pelajar dijangka menduduki peperiksaan STPM tahun depan bagi kertas Bahasa Tamil. -Tamil Malar

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.