Dikemaskini 2:18 AM, 25 Nov, 2017
A+ A A-

BN tumbang jika hilang 10 peratus undi Melayu

Beliau berkata, jika kemungkinan itu berlaku PH berupaya untuk memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung. Beliau berkata, jika kemungkinan itu berlaku PH berupaya untuk memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang meramalkan Pakatan Harapan (PH) boleh mengambil alih kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) jika berjaya menambah 10% sokongan pengundi Melayu dan 5% peratus sokongan kaum Cina dan India dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, jika kemungkinan itu berlaku PH berupaya untuk memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung.

"Sekiranya PH dapat menarik 10% pengundi Melayu dan 5% sokongan pengundi Cina dan India dari BN berbanding PRU13, akan ada tsunami politik Malaysia, Umno dan BN akan keluar dari Putrajaya dan PRU14 akan membentuk kerajaan persekutuan PH di Malaysia," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Pas hanya akan berakhir dengan mengekalkan enam kerusi berbanding 21 yang dimenangi mereka pada 2013.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga meramalkan bahawa PRU14 mungkin akan diadakan pada November ini atau April tahun depan.

PRU14 perlu diadakan sebelum 14 Ogos 2018. -Tamil Malar

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.