Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Perkhidmatan percuma bas untuk pengundi

Pengerusi Penaja Bas Henti-Henti Malaysia, Basri Baharom berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan atas dasar tanggungjawab sosial namun perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terlebih dahulu. Pengerusi Penaja Bas Henti-Henti Malaysia, Basri Baharom berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan atas dasar tanggungjawab sosial namun perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terlebih dahulu.

Pengusaha bas henti-henti di Semenanjung Malaysia bercadang menyediakan perkhidmatan bas percuma membawa pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Pengerusi Penaja Bas Henti-Henti Malaysia, Basri Baharom berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan atas dasar tanggungjawab sosial namun perlu mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terlebih dahulu.

"Kami dah bersedia untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi laluan-laluan tertentu.

"Tapi, walau macam mana pun kami kena melalui SPAD. Itu bermakna kami kena merujuk dan tak boleh membelakangkan SPAD.

"Kalau ikut perancangan, lebih 150 syarikat akan menyediakan hampir 400 ke 500 buah bas di seluruh negara mengikut kawasan masing-masing," katanya. -TAMIL MALAR

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.