Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Sivaarrajh nafi ahli MyPPP

Beliau berkata, beliau tidak pernah menjadi ahli parti MyPPP seperti yang didakwa Kayveas Beliau berkata, beliau tidak pernah menjadi ahli parti MyPPP seperti yang didakwa Kayveas

Ketua Pemuda MIC Datuk C.Sivarraajh menafikan dakwaan Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas bahawa beliau masih menjadi ahli partinya yang disertai pada tahun 2004.

Beliau berkata, beliau tidak pernah menjadi ahli parti MyPPP seperti yang didakwa Kayveas.

"MIC adalah parti politik pertama saya. Saya menjadi ahli MIC pada 2004. Setahun sebelum itu saya melakukan kerja-kerja politik dengan Datuk T.Mohan.

"Saya tidak tahu di mana mereka (MyPPP) mendapat nombor keahlian itu, jika ada orang sengaja memasukkan nama saya menjadi ahli MyPPP, itu bukan masalah saya. Tapi saya akan meminta parti itu keluarkan nama saya dari MyPPP, "katanya. -TAMIL MALAR

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.