Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Timbalan Pengerusi DAP Johor bertanding di Bekok

Ramakrishnan yang bertanding di Labis pada pilihan raya lepas kalah dengan undi tipis dan kali ini akan bertanding di Bekok. Ramakrishnan yang bertanding di Labis pada pilihan raya lepas kalah dengan undi tipis dan kali ini akan bertanding di Bekok.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata parti itu meletakkan bekas pengerusi negeri Pang Hok Liong untuk bertanding di Parlimen Labis, manakala timbalan pengerusi negeri Dr S Ramakrishnan bertanding di Bekok.

Sebelum ini, Labis ditawarkan kepada penyandang DUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau, yang kecewa partinya tidak meletakkan beliau untuk mempertahankan kerusinya. Boo menolak tawaran itu.

Ramakrishnan yang bertanding di Labis pada pilihan raya lepas kalah dengan undi tipis dan kali ini akan bertanding di Bekok.

Pada PRU lepas, DAP menang di Bekok yang mana di kerusi itu terdapat 11,065 pengundi Cina, 6,032 (Melayu) dan 3,850 (India). -MAKKAL OSAI

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.