Dikemaskini 6:21 AM, 20 Apr, 2018
A+ A A-

Cameron Highlands untuk MIC -Ku Nan

Beliau mengulas kenyataan Presiden MyPP Tan Sri M. Kayveas bahawa pihaknya tidak akan terlibat dalam Pillihan Raya Umum Ke-14 jika parti itu tidak mendapat kerusi Cameron Highlands dan Buntong. Beliau mengulas kenyataan Presiden MyPP Tan Sri M. Kayveas bahawa pihaknya tidak akan terlibat dalam Pillihan Raya Umum Ke-14 jika parti itu tidak mendapat kerusi Cameron Highlands dan Buntong.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerusi Parlimen Cameron Highlands milik MIC.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MyPP Tan Sri M. Kayveas bahawa pihaknya tidak akan terlibat dalam Pillihan Raya Umum Ke-14 jika parti itu tidak mendapat kerusi Cameron Highlands dan Buntong.

"Kamu kena faham bahawa MIC yang bertanding di Cameron Highlands selama ini," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Kayveas pula berkata beliau telah memberitahu mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi beliau tidak mendapat sebarang jawapan.

Sementara itu, Kerusi Dewan Undangan Negeri Sungkai berkemungkinan diserahkan kembali kepada MIC dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi BN Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abd Talib berkata, kerusi itu sebelum ini ditandingi MCA pada PRU lepas, akan dikembalikan kepada MIC yang juga kerusi tradisi parti tersebut.

"Ada berkemungkinan besar kembalikan kerusi kepada MIC dan saya pun menyokong dan perkara ini telah dibincangkan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam pertemuan sebelum ini.

"Berkenaan soal calon, saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti, khususnya di kalangan Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Presiden MIC (Datuk Seri Dr S Subramaniam) untuk tentukan," katanya.-MAKKAL OSAI

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.