Logo
Print this page

Sepuluh sebab PAS sokong RUU antiberita palsu

PAS menyokong al makruf dan al khair. PAS membina negara dengan buah yang enak, bukan dengan buih yang memuakkan. PAS menyokong al makruf dan al khair. PAS membina negara dengan buah yang enak, bukan dengan buih yang memuakkan.

PAS menyokong RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 kerana:

Pertama, (Rang Undang-undang) itu asas agama. Kepalsuan dan penipuan adalah fitnah yang menghancurkan masyarakat dan negara.

Kedua, ia diharap mampu menyekat mereka yang menjadikan penyebaran berita tidak benar sebagai hobi kehidupan.

Ketiga, ia diharap mampu menyekat parti-parti politik dan media daripada menjadikan berita tidak benar sebagai senjata untuk menentang kebenaran.

Keempat, ia mampu mendidik rakyat agar mencintai dan menjunjung kebenaran serta membenci kepalsuan.

Kelima, ia mampu menyelamatkan mangsa daripada menanggung bebanan kena fitnah.

Keenam, ia akan meluaskan dan memudahkan langkah perjuangan PAS yang sentiasa menjadi mangsa berita tidak benar. Dengan undang-undang ini, PAS lebih sejahtera, insya Allah.

Ketujuh, Rang Undang-undang itu sepatutnya telah lama diwartakan sebagai sebuah undang-undang yang tegas.

Kelapan, PAS bersih daripada menjadikan fitnah sebagai senjata. Ia haram dalam agama. Matlamat tidak menghalalkan cara. Adapun parti-parti lain, amat memalukan apabila mereka menjadikan sebaran berita palsu sebagai senjata untuk menyerang musuh. Justeru PAS menyokong penuh RUU ini.

Kesembilan, penyalahgunaan undang-undang ini oleh pihak pemerintah, walaupun dibimbangi dan dikesali, tidak boleh menjadi sebab untuk menolak benarnya undang-undang ini. Ia mesti disokong.

PAS dalam perbahasan menyokong, turut mengingatkan betapa penyalahgunaan undang-undang oleh pihak kerajaan adalah kezaliman yang nyata. Ia adalah perlanggaran terhadap amanah rakyat.

Kesepuluh, ia memperkasakan agama Islam sebagai pembawa berita benar dunia dan akhirat.

Justeru jangan tertipu dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menempelak PAS kerana menyokong RUU ini dan menuduh PAS menyokong Umno.

Tidak sama sekali. PAS menyokong al makruf dan al khair. PAS membina negara dengan buah yang enak, bukan dengan buih yang memuakkan.

 

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ ialah Anggota Parlimen PAS dari Pasir Mas.

Tulisan ini tidak mencerminkan pendiran rasmi SmasaNews.

SMASANEWS.com