Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Tanah Ijok: Kertas putih perlu dibentang

Pembentangan kertas putih itu juga perlu diadakan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung kini. Pembentangan kertas putih itu juga perlu diadakan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung kini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Azmin Ali diminta membentangkan kertas putih berkaitan penjualan tanah di Ijok kepada pihak ketiga.

Pembentangan kertas putih itu juga perlu diadakan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung kini.

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) berkata, Mohamed Azmin perlu menyatakan secara terperinci proses jualan tanah membabitkan lebih 900 peneroka itu jika mendakwa mereka telus dalam menyelesaikan isu berkenaan.

"Azmin yang memulakan, jadi beliau perlu tampil dan menjelaskan di dalam dewan. Saya tidak bersetuju jika penerangan atau penjelasan diberikan melalui Pengarah Komunikasinya.

"Saya juga mahu Azmin menjawab mengapa tanah seluas 880 hektar itu dijual di bawah harga pasaran iaitu RM12 untuk satu kaki persegi (0.09 meter persegi) sedangkan harga pasaran adalah RM35 untuk satu kaki persegi.

"Secara keseluruhannya, pemaju telah mendapat keuntungan RM2 bilion atas perbezaan harga tanah sahaja, isu ini perlu dijelaskan oleh Azmin," katanya. -TAMIL MALAR

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.