Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Gerakan beri keutamaan pada calon usia bawah 40 tahun

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata, hampir 70 peratus calon Gerakan pada PRU14 merupakan muka baharu yang pertama kali bertanding pada pilihan raya. Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata, hampir 70 peratus calon Gerakan pada PRU14 merupakan muka baharu yang pertama kali bertanding pada pilihan raya.

Parti Gerakan Pulau Pinang bakal membariskan calon-calon muda yang berusia di bawah umur 40 tahun untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata, hampir 70 peratus calon Gerakan pada PRU14 merupakan muka baharu yang pertama kali bertanding pada pilihan raya.

"Kami juga akan menurunkan tiga calon wanita muka baharu untuk beberapa kerusi yang telah dikenal pasti, secara keseluruhan, purata umur calon Gerakan adalah tidak melebihi 38 tahun.

"Ada kerusi-kerusi yang bakal ditandingi Gerakan merupakan kerusi PKR dan DAP, jadi kami kena pantau dahulu pengumuman mereka sebelum mengumumkan calon-calon kami," katanya. -TAMIL MALAR

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.