Dikemaskini 6:21 AM, 20 Apr, 2018
A+ A A-

Pembangkang boleh tadbir Johor jika menang kerusi Ayer Hitam

Berhubung Liew yang bakal bertanding melawan penyandang Anggota Parlimen Ayer Hitam, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, Lim berkata ia bukan pertarungan peribadi antara dua personaliti. Berhubung Liew yang bakal bertanding melawan penyandang Anggota Parlimen Ayer Hitam, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, Lim berkata ia bukan pertarungan peribadi antara dua personaliti.

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng yakin jika Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong menang di kerusi parlimen Ayer Hitam di Johor, bermakna Pakatan Harapan (HARAPAN) akan mengambil alih Putrajaya.

"Sekiranya Chin Tong menang, Pakatan akan menang Putrajaya, kita tidak boleh menang Putrajaya tanpa menang kerusi-kerusi seperti Ayer Hitam," katanya.

Berhubung Liew yang bakal bertanding melawan penyandang Anggota Parlimen Ayer Hitam, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, Lim berkata ia bukan pertarungan peribadi antara dua personaliti.

"Ini adalah perlawanan untuk masa depan Malaysia, pertarungan untuk semangat negara ini. Oleh sebab itu, kita hantar seorang jeneral DAP supaya kita dapat pastikan masa hadapan ini dapat dimenangi.

"Kalau tak boleh menang Ayer Hitam, kita tak berkemungkinan untuk menang di Putrajaya," kata Lim.

Beliau berkata sokongan orang Melayu sangat penting dalam hal ini.

"Sekiranya ini tak berlaku, maka sukar (untuk menang Putrajaya). Itu sebabnya kita yakin dengan Liew bahawa gelombang tsunami Melayu akan berlaku kerana mereka sudah muak dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan skandal," katanya. -MAKKAL OSAI

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.