Dikemaskini 3:01 AM, 26 Apr, 2018
A+ A A-

Hanya Tapah kerusi selamat untuk MIC?

Beliau yang enggan mahu dikenali berkata, ini kerana populariti MIC dalam kalangan masyarakat India sangat merosot dan ia akan memberi kesan pada PRU akan datang. Beliau yang enggan mahu dikenali berkata, ini kerana populariti MIC dalam kalangan masyarakat India sangat merosot dan ia akan memberi kesan pada PRU akan datang.

Seorang veteran MIC berkata parti itu hanya mempunyai peluang cerah untuk menang di Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau yang enggan mahu dikenali berkata, ini kerana populariti MIC dalam kalangan masyarakat India sangat merosot dan ia akan memberi kesan pada PRU akan datang.

Pada PRU13, MIC bertanding di 9 kerusi Parlimen dan hanya menang di Cameron Highlands, Tapah dan Segamat.

Kalah di Kapar, Kota Raja, Sungai Siput, Subang, Teluk Kemang.

MIC menang di Hulu Selangor pada 2015 selepas penyandang kerusi itu meninggal dunia.

"Tapah sahaja kerusi selamat untuk MIC. Kerusi Segamat yang disandang presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam juga tidak selamat," katanya. -MAKKAL OSAI

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.