Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

85 peratus pengundi dijangka buang undi pada PRU14 - SPR

Pengerusinya Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah berkata sasaran itu hanya boleh dicapai sekiranya mendapat kerjasama pengamal media cetak dan elektronik di negara ini dan semua pihak yang terlibat secara langsung. Pengerusinya Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah berkata sasaran itu hanya boleh dicapai sekiranya mendapat kerjasama pengamal media cetak dan elektronik di negara ini dan semua pihak yang terlibat secara langsung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 85 peratus rakyat malaysia akan membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.
 
Pengerusinya Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah berkata sasaran itu hanya boleh dicapai sekiranya mendapat kerjasama pengamal media cetak dan elektronik di negara ini dan semua pihak yang terlibat secara langsung.
 
"Malah usaha sebilangan besar phak yang cuba menghalang orang daripada mengundi akan menjejaskan peraturan mengundi pda PRU14," katanya dalam program Mari menyemak dan mengundi" di Putrajaya semalam.
 
Katanya program itu selain membantu pengundi menyemak maklumat mengundi, malah turut memberi kesedaran untuk rakyat mematuhi segala prosedur semasa hari mengundi.
 
Oleh kerana PRU dijangkakan pada bila bila masa sahaja dari sekarang, adalah penting untuk setiap pengundi menyemak dengan teliti segala maklumat mereka supaya tiada kesilapan minit akhir.
 
"Sehingga suku keempat tahun 2017, lebih 15 juta orang telah berdaftar sebagai pengundi bagi PRU14.
 
"Angka sebenar mereka yang berdaftar sebagai pengundi sah ialah 14.968 juta.
 
"SPR juga sudah mendapatkan kerjasama beberapa kementerian, agensi, NGO dan agensi media," katanya. - Tamil Nesan

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.