Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Hina Parlimen, BNBBC syor tindakan ke atas 3 ahli wakil rakyat pembangkang

Mereka adalah Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V. Sivakumar, MP Beruas, Nge Khoo Ham, dan Nga Kor Ming (Sitiawan). Mereka adalah Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V. Sivakumar, MP Beruas, Nge Khoo Ham, dan Nga Kor Ming (Sitiawan).

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad menggesa Parlimen mengambil tindakan ke atas tiga wakil rakyat pembangkang.

Katanya, ketiga-tiga wakil rakyat pembangkang itu dikatakan menghina dewan Parlimen dalam sesi Dewan Rakyat yang berlangsung semalam.

Mereka adalah Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V. Sivakumar, MP Beruas, Nge Khoo Ham, dan Nga Kor Ming (Sitiawan).

"Ketiga tiga wakil rakyat yang biadab itu mendakwa tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul membahas insiden rampasan kapal mewah di perairan oleh kerajaaan Indonesia yang dikaitkan dengan Jho Low sebagai cubaan menutup perbuatan rasuah.

"Tuduhan mereka adalah tidak berasas tanpa bukti dan melampau, wakil rakyat yang biadab seperti ini perlu diambil tindakan sewajarnya," tegas beliau.

Mereka juga bersikap kurang ajar apabila mendesak Pandikar meletakkan jawatan selaku Speaker.

"Ini tidak boleh dimaafkan, Parlimen perlu mengambil tindakan tegas ke atas mereka," tegasnya lagi. - Malaysia Nanban

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.