Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Dewan Rakyat dibubar minggu pertama April?

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong meramalkan Dewan Rakyat boleh dibubarkan lebih awal kerana ini adalah mesyuarat pertama penggal ke-6 Parlimen ke-13. Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong meramalkan Dewan Rakyat boleh dibubarkan lebih awal kerana ini adalah mesyuarat pertama penggal ke-6 Parlimen ke-13.

Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sejurus sebelum 5 April ini, hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong meramalkan Dewan Rakyat boleh dibubarkan lebih awal kerana ini adalah mesyuarat pertama penggal ke-6 Parlimen ke-13.

"Alasan untuk ini ialah mereka mahu membentangkan persempadanan semula kepada Dewan Rakyat. Tiga minggu pertama akan membahaskan isu dibangkitkan Agong. Disebabkan itu, saya menjangkakan sidang kali ini akan diteruskan sehingga 29 Mac.

"Dewan Rakyat dijangka mula membahaskan ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mulai esok sehingga 22 Mac ini," katanya.

Liew berkata, kerajaan kemudiannya akan membentangkan cadangan persempadanan semula dan Rang Undang-undang Berita Palsu pada minggu ke-4 sidang Dewan Rakyat (26 hingga 29 Mac).

"Saya meramalkan Dewan Rakyat akan dibubarkan pada minggu pertama April," kata pengerusi DAP Johor itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula menjangkakan Parlimen akan dibubarkan lebih awal.

"Kerajaan mengadakan sidang terakhir ini untuk membentangkan cadangan persempadanan semula, tetapi ia sekadar aturan urusan mesyuarat dan boleh memintas Dewan negara dan dibawakan kepada Agong," katanya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi juga bersetuju Parlimen mungkin dibubarkan lebih awal sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir.

Ahli Parlimen Sri Gading itu berkata, beliau teruja kerana ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia, Dewan Rakyat bersidang untuk kali ke-6.

Parti pembangkang tidak menyokong cadangan persempadanan semula itu kerana mendakwa ia memihak kepada Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. -TAMIL MALAR

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.