Dikemaskini 1:48 AM, 10 May, 2018
A+ A A-

Guan Eng bohong DAP wakil semua kaum

Seorang pemimpin MCA, Ti Lian Ker mengimbas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016 dan kenyataan 'skru Melayu' yang dibuat oleh bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yang digelar sebagai 'superman' dalam parti itu. Seorang pemimpin MCA, Ti Lian Ker mengimbas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016 dan kenyataan 'skru Melayu' yang dibuat oleh bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yang digelar sebagai 'superman' dalam parti itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berbohong apabila mengatakan DAP mewakili semua rakyat Malaysia kerana DAP tidak berani untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Seorang pemimpin MCA, Ti Lian Ker mengimbas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2016 dan kenyataan 'skru Melayu' yang dibuat oleh bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau yang digelar sebagai 'superman' dalam parti itu.

"DAP tidak pernah memisahkan diri daripada kenyataan itu dan tidak pernah mendisiplinkan Hew.

"Meskipun memiliki dendam perkauman, sehingga hari ini Hew masih kerap berada dalam ceramah DAP - tak kiralah dia masih ahli DAP atau tidak," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, jurucakap publisiti DAP itu berkata pemimpin Melayu dalam DAP gagal memenangi jawatan dalam pemilihan parti berkenaan.

Sebaliknya katanya, DAP pernah bekerjasama dengan "pelampau agama" seperti PAS untuk mendapatkan undi Melayu pada masa lalu dan sekarang dengan Parti Pribumi Bersatu yang digelarnya sebagai "parti perkauman".

Menurut Ti, DAP gagal melihat latar belakangnya ketika bercakap mengenai soal prinsip.

Ti juga menggesa Lim meminta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz meminta maaf kepada masyarakat Cina berhubung kenyataan mengenai jutawan Robert Kuok. -TAMIL MALAR

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.