Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

5,500 anggota polis bertugas PRU14

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata ketika ini semua pegawai dan anggota polis Pulau Pinang bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum itu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata ketika ini semua pegawai dan anggota polis Pulau Pinang bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum itu

Seramai 5,500 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Pulau Pinang bagi mengawal keselamatan, melancarkan proses kempen, penamaan calon dan pengundian.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata ketika ini semua pegawai dan anggota polis Pulau Pinang bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum itu

"Jika keadaan memerlukan penambahan pegawai atau anggota polis saya akan meminta Bukit Aman untuk tambah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan di sini terkawal.

"Tapi saya yakin jumlah pegawai dan anggota yang ada di Pulau Pinang ini mencukupi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Amal Ex-Undi Per PRU14 Siri 2 Fasa 2 Polis Kontijen Pulau Pinang di George Town.

Thaiveegan berkata pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa lokasi panas di negeri itu pada PRU akan datang dan senarai penuh akan disiapkan dalam tempoh seminggu lagi. -MAKKAL OSAI

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.