Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Pemuda MIC mungkin bertanding di 1 Parlimen 3 DUN - Sivarraajh

Penyelaras MIC parlimen Cameron Highlands itu juga berkata pemuda mungkin akan bertanding di sebuah kerusi Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri. Penyelaras MIC parlimen Cameron Highlands itu juga berkata pemuda mungkin akan bertanding di sebuah kerusi Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri.

Ketua Pemuda MIC Kebangsaan memberi bayangan bahawa sayap itu berpeluang bertanding di empat kawasan untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

Penyelaras MIC parlimen Cameron Highlands itu juga berkata pemuda mungkin akan bertanding di sebuah kerusi Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU13 lalu, katanya hanya dua pemuda MIC yang diberi peluang bertanding mewakili BN.

"Tetapi pada PRU14 kali ini yang dijangkakan Mei ini, presiden parti sendiri sudah memberi harapan lebih ramai muka baharu akan diberi peluang bertanding mewakili parti.

"Oleh itu kami berharap lebih ramai pemuda akan bertanding," katanya dalam sidang media semalam.

Tambahnya jika benar kata-kata Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, maka beliau menjangkakan pemuda akan bertanding di sebuah Parlimen dan tiga kerusi DUN.

"Walaupun ia hanylah pendapat saya semata-mata, namu keputusan muktamad terletak di tangan presiden.

"Di Cameron Highlands MIC yang telah bertanding dan mempertahankan kerusi itu sejak 2004 lagi.

"Dalam hal ini parti tidak sesekali akan melepaskan kerusi itu kepada komponen BN yang lain dan pendirian presiden mic masih tegas dalam hal itu," ujarnya lagi.

Katanya dalam hal berkaitan beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin sebuah lagi parti komponen BN(merujuk myPPP) yang berkempen selama 4 tahun lalu untuk BN di situ.

"Beliau melaksanakan semua perkhidmatan rakyat menggunakan logo BN dan ia akan membantu kita MIC untuk bertanding dan menang mudah," katanya. - Malaysia Nanban

Last modified onAhad, 04 Mac 2018 17:02

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.