Dikemaskini 2:52 AM, 16 Jan, 2018
A+ A A-

Kuasa politik Malaysia Timur

Kuasa politik Sabah dan Sarawak secara langsung menentukan aliran politik di Malaysia, khususnya tindakan politik Sarawak baru-baru ini benar-benar menimbulkan kebimbangan. Sebelum ini, Bekas KM Sarawak, Adenan Satem selama ini berterusan menuntut kuasa autonomi daripada Kerajaan Pusat dan menggesa pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

DAP masih tidak memahami masyarakat Melayu

Parti-parti politik hari ini berlumba-lumba untuk mencari rakan pasukan. Matlamat adalah sangat mudah iaitu ingin menguatkan diri sendiri dan melemahkan pihak lawan. Bagaimanapun, dalam memilih rakan pasukan juga perlu berhati-hati. Jika tidak, ia hanya akan menguatkan lagi pihak lawan dan melemahkan diri sendiri.

Masyarakat Melayu melihat kes 1MDB

Lanjutan daripada Jabatan Kehakiman AS (DOJ) yang sekali lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap 1MDB, isu tersebut terpampang menjadi berita utama. Sudah tentu, PH akan mengambil peluang untuk melancarkan kempen kebangsaan untuk isu ini, tetapi bukan dengan “segera” sebaliknya menunggu selewat-lewatnya bulan September barulah menganjurkan perhimpunan. Adakah PH bimbang sambutan perhimpunan kelak tidak menggalakkan?

Kerajaan perlu tingkatkan yuran pengajian universiti

Yuran pengajian universiti awam di Malaysia sangat murah, malah ada yang memperoleh ijazah sarjana muda dengan hanya yuran sebanyak RM10 ribu sahaja. Yuran pengajian di universiti swasta pula mencecah sehingga RM30 ribu hingga ke RM35 ribu setahun, ini adalah satu perbezaan yang sangat ketara.

PKR Pulau Pinang akan buat rombakan besar PRU14

PKR Pulau Pinang mungkin akan melakukan rombakan besar barisan calon untuk PRU akan datang. Menurut berita dalaman PH, Presiden PKR, Wan Azizah mungkin akan melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan ADUN Kajang, beralih tanding kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Impak penjawat awam terhadap keputusan PRU

PRU14 semakin hampir, pemerintah dan pembangkang dilihat giat membuat persiapan pilihan raya. Namun, terlepas pandang terhadap sikap penjawat awam dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan, sedangkan mereka ini secara langsung memberi impak kepada undi di DUN dan Parlimen bagi kerajaan yang memerintah.

Subscribe to this RSS feed