Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

DAP boleh tanding bebas

Terdapat keraguan apabila ROS hanya mengeluarkan arahan selepas empat tahun pemilihan parti itu berlalu namun berpandangan ia adalah kuasa ROS kerana undang-undang tidak menetapkan sebarang tempoh. Terdapat keraguan apabila ROS hanya mengeluarkan arahan selepas empat tahun pemilihan parti itu berlalu namun berpandangan ia adalah kuasa ROS kerana undang-undang tidak menetapkan sebarang tempoh.

Menurut pakar undang-undang, DAP boleh cabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di mahkamah dan sekiranya parti bertegas untuk tidak mengadakan pemilihan semula maka terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk bertanding PRU14 termasuklah sebagai calon Bebas atau menggunakan lambang parti lain.

Penasihat Undang-Undang UIA, Prof. Nik Ahmad Kamal berkata ROS berkuasa untuk menimbangkan penggantungan pendaftaran DAP jika parti itu enggan mematuhi arahan. Justeru, DAP bukan lagi sebuah parti yang sah dan tidak boleh bertanding pada PRU akan datang tetapi ahli masih boleh bertanding atas tiket Bebas atau menggunakan lambang rakan parti PH yang lain.

Oleh demikian, beliau berpendapat tidak menjadi masalah besar jika DAP tidak dapat menggunakan lambang “roket” untuk bertanding pada PRU akan datang.

Selepas isu ini berlaku, ada orang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak sah kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tidak sah. Bagaimanapun, Nik Ahmad berpendapat hujah tersebut tidak tepat kerana tidak perlu parti untuk menubuhkan kerajaan.

Sama seperti Perlembagaan negeri yang lain, Perlembagaan Pulau Pinang juga jelas termaktub bahawa Tuan Yang Terutama Pulau Pinang akan melantik kerajaan yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

Beliau turut mengakui bahawa terdapat keraguan apabila ROS hanya mengeluarkan arahan selepas empat tahun pemilihan parti itu berlalu namun berpandangan ia adalah kuasa ROS kerana undang-undang tidak menetapkan sebarang tempoh.

Kebiasaannya ROS akan mengeluarkan makluman lanjut bagi menjelaskan kekurangan dalam pemilihan CEC 2013 dan arahan kepada parti untuk mengadakan pemilihan semula.

Prof. Gurdial Singh Nijar, Fakulti Undang-Undang UM berkata keputusan ROS boleh dicabar kerana arahan kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC sudah tertangguh sekian lama. Beliau berkata penangguhan tersebut tidak rasional dan jelas sekali mempunyai niat yang tidak baik kerana senarai CEC tersebut sudah pun lama digunakan dan kini barulah ROS meminta pemilihan semula.

Oleh demikian, beliau berpendapat cara yang terbaik adalah DAP mencabar keputusan ROS tersebut di mahkamah. – Sin Chew Jit Poh

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.