Dikemaskini 3:49 AM, 15 Dec, 2017
A+ A A-

ROS perlu jelaskan keraguan

Persoalannya, mengapa ROS perlu menunggu sehingga empat tahun kemudian untuk meminta DAP mengadakan pemilihan semula? ROS perlu penjelasan yang lengkap untuk melenyapkan segala keraguan. Persoalannya, mengapa ROS perlu menunggu sehingga empat tahun kemudian untuk meminta DAP mengadakan pemilihan semula? ROS perlu penjelasan yang lengkap untuk melenyapkan segala keraguan.

Arahan ROS terhadap DAP untuk mengadakan pemilihan semula parti telah menimbulkan rasa tidak puas hati. DAP bertegas bahawa parti itu telahpun mengadakan pemilihan semula pada tahun 2013, maka sepatutnya tiada lagi isu mengenai pemilihan semula.

Parti itu akan menunggu surat daripada ROS, kemudian akan segera berjumpa dengan pegawai ROS untuk minta penjelasan. Difahamkan surat daripada ROS akan dihantar kepada DAP pada minggu depan.

Melihat kepada situasi sekarang, DAP tidak berhasrat untuk mengikut arahan pemilihan semula sebaliknya mahu mengadakan dialog dengan ROS bagi menyelesaikan masalah ini.

Oleh kerana PRU14 akan diadakan dalam masa terdekat, sekiranya DAP mengadakan pemilihan semula CEC maka sedikit sebanyak ia akan menjejaskan kerja-kerja persediaan pilihan raya. Tetapi sekiranya parti ingkar kepada arahan dan nekad untuk tidak mengadakan pemilihan semula, nescaya risiko politik yang terpaksa ditanggung akan lebih besar.

TPM Ahmad Zahid menegaskan bahawa sekiranya DAP tidak mengikut arahan ROS, parti itu tidak dapat menghantar calon untuk bertanding PRU14 kerana kepimpinan parti tidak sah, tidak boleh didaftar dan mengeluarkan sijil lantikan jawatankuasa.

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada DAP tetapi juga mencetuskan kontroversi. Justeru, ROS perlu menjelaskan keraguan jika tidak ia akan menjejaskan kredibiliti jabatan tersebut. Malah, pembangkang mengesyaki perkara tersebut “berbaur politik” namun TPM telah menjelaskan bahawa beliau tidak pernah campur tangan dan bukan dalang di sebaliknya.

Bagaimanapun arahan ROS ini benar-benar menimbulkan keraguan dan pihak berkuasa sememangnya perlu beri penjelasan. DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula kerana berlaku kesilapan pengiraan semasa pemilihan parti itu pada tahun 2012.

Pada Julai tahun berikutnya, ROS telah mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula dan dua bulan kemudian pemilihan telah diadakan namun begitu ROS tidak dapat mengesahkan keputusan. Sehinggalah beberapa hari yang lalu, ROS sekali lagi merujuk kepada kelemahan pemilihan semula DAP pada tahun 2013 dan menggesa pemilihan semula diadakan sekali lagi.

Persoalannya, mengapa ROS perlu menunggu sehingga empat tahun kemudian untuk meminta DAP mengadakan pemilihan semula? ROS perlu penjelasan yang lengkap untuk melenyapkan segala keraguan.

Selain itu, ROS juga meminta DAP mengadakan pemilihan semula mengikut senarai nama perwakilan pemilihan 2012 juga telah menimbulkan kontroversi kerana selepas tempoh lima tahun, senarai tersebut sudah tidak relevan untuk hari ini.

ROS perlu menunjukkan profesionalisme, mendukung semangat kesaksamaan untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan parti pemerintah dan pembangkang tanpa mengira orientasi politik sebaliknya mengutamakan kecekapan dalam pentadbiran. – Sin Chew Jit Poh

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.