Dikemaskini 3:01 AM, 26 Apr, 2018
A+ A A-

DAP tidak boleh mengadakan pemilihan semula dengan mudah

Penganalisis politik berpendapat cara DAP menangani perkara ini dan pendirian parti itu adalah munasabah kerana berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, pemilihan semula tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah. Penganalisis politik berpendapat cara DAP menangani perkara ini dan pendirian parti itu adalah munasabah kerana berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, pemilihan semula tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah.

Meskipun ROS telah mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula, namun selepas mesyuarat tergempar parti yang diadakan sebelum ini telah memutuskan bahawa parti itu sudah mengadakan pemilihan semula pada 2013 dan tidak sepatutnya timbul sebarang isu.

Penganalisis politik berpendapat cara DAP menangani perkara ini dan pendirian parti itu adalah munasabah kerana berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, pemilihan semula tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah.

Penganalisis politik, Phoon Wing Keong dalam temubual bersama akhbar berkata, sesiapa sahaja kini tidak dapat menjamin pemilihan semula kali kedua DAP akan mendapat pengiktirafan ROS. Oleh demikian, reaksi awal DAP berhubung arahan ROS tersebut adalah munasabah iaitu tidak akan semudah itu untuk mengadakan pemilihan semula.

“Sekiranya segera bersetuju, maka parti itu akan dianggap lemah dari segi politik; mudah untuk bertolak ansur dan tunduk kepada UMNO.

"Keadaan ini akan membuatkan DAP sukar untuk memberi penjelasan kepada akar umbi dan pengundi”.

Phoon Wing Keong juga berkata bahawa perkara ini berkaitan dengan politik, bukan isu undang-undang atau masalah teknikal. Isu politik harus ditangani dengan cara politik, ini termasuklah meminta simpati daripada masyarakat, kemudian mendapat sokongan agar UMNO akhirnya akan kehilangan mata dalam permainan politik ini. – Oriental Daily

Last modified onIsnin, 10 Julai 2017 19:05

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.