Dikemaskini 2:52 AM, 16 Jan, 2018
A+ A A-

Krisis DAP: Biarkan perlembagaan dan undang-undang bersuara

Pemimpin DAP Pusat merasakan yang perkara ini mengarut kerana mereka tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan ataupun peraturan mana yang telah diingkari. Pemimpin DAP Pusat merasakan yang perkara ini mengarut kerana mereka tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan ataupun peraturan mana yang telah diingkari.

Arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menimbulkan kontroversi, terutamanya di kalangan pemimpin DAP sendiri yang menyatakan ‘ tidak tahu di mana kesalahannya’.

Daripada kita berdebat mengenai siapa yang betul atau yang salah, adalah lebih wajar penjelasan dilakukan terhadap perkara ini, supaya isu ini tidak lagi menjadi pertikaian.

DAP telah mengadakan pemilihan CEC pada 15 Disember 2012. Namun, pada 3 Januari 2013, Jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat tergempar mengatakan terdapat kesilapan teknikal yang menyebabkan skor undi tidak kena pada tempatnya. Lanjutan dari siasatan ROS selepas menerima laporan perkara ini, DAP telah diarahkan mengadakan pemilihan semula pada 31 Julai 2013.

Walaupun DAP mengikut arahan yang dikeluarkan dan pemilihan semula CEC diadakan pada 29 September 2013, tetapi isu ini masih belum selesai. ROS mengeluarkan arahan pada Jumaat lepas supaya pemilihan CEC diadakan semula.

Pemimpin DAP Pusat merasakan yang perkara ini mengarut kerana mereka tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan ataupun peraturan mana yang telah diingkari.

Setelah bertahun arahan pemilihan semula CEC dikeluarkan, perkara ini timbul kembali hinggakan tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menyelesaikan perkara ini. ROS sepatutnya bertanggungjawab dalam memberi penerangan kepada DAP peraturan mana yang telah mereka ingkari dalam melindungi hak dan kepentingan DAP serta memastikan bahawa barisan kepimpinan ini adalah meyakinkan untuk mengelakkan sebarang komplikasi pada masa hadapan.

Pemilihan semula CEC yang telah dilakukan oleh DAP pada tahun 2013 telah hampir kepada satu penggal perjawatan. Persoalannya, mengapa ROS melengahkan perkara ini sehingga empat tahun barulah mereka membuat keputusan untuk mengeluarkan arahan supaya pemilihan semula CEC diadakan?

ROS perlu memberi penerangan yang jelas mengenai perkara ini supaya kita memahami keadaan sebenar yang berlaku dan juga dapat mengelakkan berlakunya kontroversi seperti ROS tidak pernah konsisten dan tidak saksama dalam menangani sesuatu isu. Tindakan ini juga menyukarkan dan mengganggu persediaan DAP dalam menghadapi PRU.

Kita berpendapat bahawa isu arahan ke atas DAP untuk melakukan pemilihan semula CEC perlulah dikendalikan dengan betul, jika tidak kredibiliti ROS akan kelihatan lemah.

PRU semakin hampir. Jika isu ini jika tidak dikendalikan dengan betul, pasti akan menjadi subjek propaganda politik semasa berkempen. Oleh itu, ROS perlu memainkan peranannya dalam mengendalikan isu ini. – China Press

Last modified onIsnin, 10 Julai 2017 19:00

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.