Dikemaskini 5:30 PM, 29 Jun, 2018
A+ A A-

Percanggahan

Kerjasama pembangkang juga jelas memperlihatkan percanggahan, bukan Islam tidak mahu hudud tetapi orang Islam pula bertegas mahu hudud. Kerjasama pembangkang juga jelas memperlihatkan percanggahan, bukan Islam tidak mahu hudud tetapi orang Islam pula bertegas mahu hudud.

Politik negara sekali lagi berubah, PRU14 pasti akan lebih menarik daripada PRU 308 dan 505. Sebelum ini ramai yang terfikir pada PRU 505, jika pembangkang gagal untuk mengambil alih Putrajaya maka kem pembangkang sudah tiada peluang untuk memerintah Pusat. Ini kerana 51 peratus rakyat antikerajaan BN, tetapi negara kita pula melihat menang atau kalah dengan jumlah kerusi Parlimen.

Tetapi politik sentiasa berubah, tiada seiapa yang menyangka bekas PM, Tun Mahathir dan bekas TPM, Muhyiddin Yassin akan hidup sendiri dan berdiri bersama-sama satu barisan dengan kem pembangkang untuk memerangi kerajaan BN pimpinan PM, Najib. Keadaan ini membuatkan politik negara sekali lagi berubah dan mencapai klimaks.

Mahathir dan Muhyiddin adalah pemimpin Melayu yang dikatakan sangat popular dalam kalangan penduduk bandar dan juga luar bandar. Najib sebenarnya bimbang dengan dua pemimpin ini meskipun kedudukan Najib dalam UMNO adalah sangat kukuh.

Baru-baru ini, Najib berkata semasa PRU 308 pembangkang bermain dengan isu perkauman untuk memecahbelahkan rakyat dan kini dua pemimpin ini pula tubuh parti baharu untuk memecahbelahkan orang Melayu, menyebabkan semua kaum dalam negara ini tidak bersatu. Itulah sebabnya beliau mengetengahkan slogan 1Malaysia, agar rakyat menyedarinya dan tidak berpecah belah.

Tetapi percanggahannya ialah, 1Malaysia mahu menggabungkan semua kaum, namun dalam masa yang sama, cadangan SPR untuk persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen pula membahagi-bahagikan kaum. Ini kelihatan seperti percubaan untuk mencetuskan PRU yang berbentuk perkauman, mengelirukan rakyat sama ada mahu bersatu atau pecah belah?

Begitu juga dalam pembangkang, masing-masing mempunyai matlamat sendiri. Kerjasama pembangkang juga jelas memperlihatkan percanggahan, bukan Islam tidak mahu hudud tetapi orang Islam pula bertegas mahu hudud. Calon pilihan PM bagi PH ialah Anwar Ibrahim, tetapi Tun Mahathir pula merujuk Muhyiddin sebagai PM pembangkang, siapa yang sebenarnya mempunyai tuah di kaki?

Begitu juga dengan BERSIH 5.0 yang diserapi dengan elemen politik, hanya mahu menjatuhkan Najib dan pada masa yang sama “ada rahsia yang tidak boleh didedahkan”, jelas juga menonjolkan percanggahan dan perbezaan dalam kalangan pendokong kem pembangkang.

Apabila kedua-dua pihak penuh dengan percanggahan, mereka yang berdiri di tengah-tengah sebagai pemerhati perubahan politik akan melihat siapa yang paling cepat menyelesaikan percanggahan, siapa yang paling cepat memenangi hati pengundi. Apa yang pasti, hari ini kedua-dua pihak belum lagi dapat meraih dan mengukuhkan hati pengundi. – Kwong Wah Yit Poh

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.